Organisasi

Yayasan Infaq Infra Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NPO) yang didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) dengan nombor pendaftaran PPBA-02/2023. Komitmen kami begitu tinggi dalam mempromosikan tenaga bersih, air bersih, dan teknologi hijau kepada komuniti di Malaysia.

Visi

Menjadi katalis dan pemacu organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO) pertama di Malaysia yang memberikan bantuan dan penyelesaian infrastruktur kepada penerima manfaat dengan adaptasi teknologi hijau

Misi

Memperluaskan kerjasama dengan semua organisasi dan individu yang mempunyai tujuan yang sama seperti kami bagi menjadikan demi ke arah Malaysia Hijau.

Nilai Utama

Umat Manusia dan Alam Sebagai Tunjang Utama

“Dalam setiap kempen yang di ketengahkan, ia tidak akan lari daripada meletakkan manusia, alam dan keharmonian kehidupan mereka sebagai intipati utama. Kita akan bertanggungjawab kepada mereka atas setiap tindakan kita.”

Tangan Terbuka

Masa depan inovasi adalah kerjasama. Kami mengakui setiap kelemahan dan kesilapan sendiri serta sentiasa berusaha untuk mengatasi hal tersebut. Justeru sebarang kerjasama dan teguran sangat bernilai buat kami.

Kemimpinan Bersama

Tiada pendapat yang lebih penting dan tiada pandangan yang lebih terpilih. Semua idea adalah bernilai untuk memandu kata sepakat demi kebaikan bersama organisasi ini.

Berani Bertoleransi

Kami mempunyai matlamat yang cukup tinggi, namun tiada siapa yang mampu memberi jaminan matlamat tersebut boleh di capai jika tiada toleransi bersama dalam setiap keputusan.

Semangat Berjiwa Besar

Setiap hari, sebenarnya kita semua adalah dermawan, pelaksana, visionari dan pelanggan. Kita berjanji untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan lebih luas tanpa jangkaan untuk menerima apa-apa balasan demi mencapai objektif utama organisasi.

Solusi Untuk Komuniti

Kongsikan Artikel Ini