Polisi Perlindungan Data Peribadi

Kami, Yayasan Infaq Infra adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) Malaysia. Polisi ini menerangkan:

Data Peribadi Yang Mungkin Kami Kumpul Daripada Anda

Kami mungkin mengumpulkan data peribadi berikut daripada anda:

Untuk tujuan melayari laman web secara am, walaupun tiada data peribadi yang terdedah kepada kami, beberapa maklumat teknikal dan statistik boleh kami dapati menerusi pembekal perkhidmatan internet kami seperti cookies, alamat IP anda, masa, tarikh dan tempoh anda melayari laman web. Jika anda memberi apa-apa data peribadi berkaitan pihak ketiga (contoh: maklumat pasangan, anak-anak, ibu bapa dan/atau pekerja anda) dengan menyerahkan data peribadi tersebut kepada kami, membawa maksud kepada kami bahawa anda, telah mendapatkan persetujuan pihak ketiga tersebut untuk memberikan maklumat berkenaan bagi tujuan yang disenaraikan di bawah.

Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda

Kami mungkin mengumpulkan data peribadi sama ada daripada anda, daripada wakil yang anda beri kuasa, daripada pihak ketiga atau daripada sumber boleh didapati secara umum yang mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

Penggunaan Data Peribadi yang Dikumpulkan

Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan data peribadi anda bagi tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang dan tujuan berikut:

Dengan Siapa Kami Berkongsi Data Peribadi Anda

Semasa anda mendapatkan perkhidmatan dengan kami dan pengurusan atau operasi, kami mungkin dikehendaki atau perlu untuk mendedahkan maklumat berkenaan anda kepada pihak ketiga berikut:

Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi

Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Jika anda berhasrat untuk mengakses data peribadi anda yang berada di dalam simpanan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi tersebut tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda boleh membuat permohonan kepada kami menggunakan Borang Permohonan Akses Data atau Borang Permohonan Pembetulan.

Bagaimana Kami Melindungi dan Menjaga Data Peribadi Anda

Kami berusaha untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda dan memastikannya disimpan dengan selamat. Ini termasuklah dengan mengikuti prosidur keselamatan kami (seperti memeriksa identiti anda semasa anda menelefon kami). Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web yang lain dan kami tidak bertanggungjawab ke atas polisi, prosidur atau isi kandungannya berkenaan data peribadi laman web luar tersebut.

Kebenaran Anda

Dengan memberikan data peribadi anda, anda telah membenarkan data peribadi tersebut digunakan mengikut Polisi ini. Jika kami mengubah polisi kami, kami akan meletakkan pindaan tersebut di ruangan ini. Anda juga boleh menghantar emel atau menulis kepada kami untuk mendapatkan sesalinan polisi tersebut. Penggunaan berterusan perkhidmatan kami akan menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan sebarang pindaan tersebut.