
Mengenal Tenaga Hijau dalam Perspektif Islam
Dalam era modern ini, penggunaan tenaga hijau semakin populer di seluruh dunia. Tenaga hijau dapat dihasilkan dari sumber energi yang terbarukan seperti angin, matahari, air,
Yayasan Infaq Infra Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NPO) yang didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) dengan nombor pendaftaran PPBA-02/2023. Komitmen kami begitu tinggi dalam mempromosikan tenaga bersih, air bersih, dan teknologi hijau kepada komuniti di Malaysia.
Menjadi katalis dan pemacu organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO) pertama di Malaysia yang memberikan bantuan dan penyelesaian infrastruktur kepada penerima manfaat dengan adaptasi teknologi hijau
Memperluaskan kerjasama dengan semua organisasi dan individu yang mempunyai tujuan yang sama seperti kami bagi menjadikan demi ke arah Malaysia Hijau.
“Dalam setiap kempen yang di ketengahkan, ia tidak akan lari daripada meletakkan manusia, alam dan keharmonian kehidupan mereka sebagai intipati utama. Kita akan bertanggungjawab kepada mereka atas setiap tindakan kita.”
Masa depan inovasi adalah kerjasama. Kami mengakui setiap kelemahan dan kesilapan sendiri serta sentiasa berusaha untuk mengatasi hal tersebut. Justeru sebarang kerjasama dan teguran sangat bernilai buat kami.
Tiada pendapat yang lebih penting dan tiada pandangan yang lebih terpilih. Semua idea adalah bernilai untuk memandu kata sepakat demi kebaikan bersama organisasi ini.
Kami mempunyai matlamat yang cukup tinggi, namun tiada siapa yang mampu memberi jaminan matlamat tersebut boleh di capai jika tiada toleransi bersama dalam setiap keputusan.
Setiap hari, sebenarnya kita semua adalah dermawan, pelaksana, visionari dan pelanggan. Kita berjanji untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan lebih luas tanpa jangkaan untuk menerima apa-apa balasan demi mencapai objektif utama organisasi.
Dalam era modern ini, penggunaan tenaga hijau semakin populer di seluruh dunia. Tenaga hijau dapat dihasilkan dari sumber energi yang terbarukan seperti angin, matahari, air,
Pertama sekali, apa itu masjid hijau? Masjid hijau merujuk kepada pembangunan masjid yang berkonsepkan kelestarian alam sekitar. Ia mempunyai reka bentuk dan teknologi yang menjimatkan
Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk berinfaq dan memberikan sedekah. Berinfaq memiliki banyak manfaat dan keutamaan di dalam agama Islam. Berikut adalah beberapa kebaikan berinfaq
Dalam usaha kami untuk mengubah kehidupan melalui kelestarian, kami memerlukan bantuan anda sebagai sukarelawan untuk membantu kami dalam pelbagai aktiviti.
Dalam usaha kami untuk mengubah kehidupan melalui kelestarian, kami memerlukan bantuan anda sebagai sukarelawan untuk membantu kami dalam pelbagai aktiviti.
Solusi ini perlu mendapat sokongan daripada semua pihak terutama buat mereka yang akan menyumbang setiap kempen yang di jalan kan oleh kami.
Apabila pelepasan karbon dapat di kurangkan, udara akan menjadi lebih bersih. Penggunaan teknologi hijau boleh menukarkan keadaan setempat sebagai kawasan rendah karbon. Contoh apabila pemasangan solar di masjid, tenaga boleh baharu dapat di jana secara semulajadi daripada matahari tanpa memerlukan penjanaan kuasa secara konvensional dengan membakar arang batu atau bahan api fosil.
Usaha ini memerlukan gandingan mantap oleh semua pihak. Isu perubahan iklim dapat di rasakan oleh semua umat manusia pada saat ini. Gempa yang secara tiba-tiba, pemanasan cuaca yang melampau atau keadaan suhu sejuk yang sangat tinggi berlaku di merata rata tempat. Kita tidak mampu untuk melawan aturan Tuhan, namun kita mampu menghalang dan mengawal tindak tanduk kita yang menyebabkan kerosakan pada alam.
Sebagaimana bumi ini di jaga oleh moyang kita dengan sebegitu baik untuk bekalan generasi masa hadapan, perkara sama juga perlu di titikberatkan oleh kita semua bermula sekarang. Usaha kami ke arah menghijaukan Malaysia dengan program program kebajikan yang mengadaptasi teknologi hijau wajib mendapat sokongan daripada para pendokong objektif yayasan kami.
Solusi ini perlu mendapat sokongan daripada semua pihak terutama buat mereka yang akan menyumbang setiap kempen yang di jalan kan oleh kami.
Kempen utama kami akan lebih tertumpu kepada menyediakan infrastruktur bagi menjana tenaga bersih. Penggunaan solar sebagai tenaga boleh baharu bakal menggantikan tenaga yang di jana oleh eletrik secara beransur ansur di ;
Isu air bakal menjadi isu global pada tahun 2030. Di jangkakan dunia akan berdepan dengan krisis air yang teruk menjelang tahun 2030. Justeru, kempen kami juga untuk menyediakan infrastruktur berupa sistem penyimpanan air terutama air hujan agar ia dapat dijadikan sebagai sumber alternatif buat ;
Tidak semua rakyat Malaysia bernasib baik untuk menyediakan kemudahan sanitasi yang sempurna di rumah kediaman mereka. Oleh yang demikian, program khas kami juga adalah bakal tertumpu kepada memberikan infrastruktur sanitasi berupa ;
Program Bantuan Kecemasan (PBK Infaq Infra) yang melibatkan infrastruktur dan pembaikan fasiliti akibat bencana yang berlaku di Malaysia dan ia meliputi semua golongan
Program Bantuan Bermusim (PBB) yang melibatkan semua jenis bantuan bersifat kemanusiaan