
Sumber Gambar: SinarHarian
5 TAHUN DAHAGAKAN AIR BERSIH
Sumber air bersih merupakan nikmat yang kita sering lupakan. Pulas sahaja pili air, pasti ada air yang keluar. Tetapi, kita lupa bahawa ada saudara kita yang tinggal tidak jauh dari kita tidak dapat menikmati keadaan yang sama. Mengapa kita masih alpa tanpa tindakan?
“Sampai satu tahap saya hanya dapat menggunakan air bersih sebanyak
2 botol minuman sahaja sehari” – Penduduk
Mungkin ramai yang tidak tahu, di Tumpat, ada beberapa pulau yang berpenghuni. Ia berada di sepanjang delta sungai kelantan sehingga menuju ke muka kuala laut cina selatan. Jarak pulau-pulau ini hanya sekitar 5-10 minit sahaja jika menaiki bot dari daratan (Jeti Kuala Besar, Kota Bharu) dan sekitar 15km sahaja daripada Pusat Bandar Kota Bharu.
Ketika Bah Kuning Disember 2014, pulau-pulau ini teruk terjejas dan ia hampir merosakkan 80% infrastruktur dan kawasan penempatan mereka disana.
Saat kami menyelusuri satu persatu gambar Bah Kuning 2014, perasaan sebak datang menggunung tinggi. Disana, tiada kenderaan lain kecuali motosikal sahaja ekoran tiada jambatan dan boleh diakses hanya melalui bot kecil sahaja. Bayangkan di pulau tiada bank dan pelbagai pusat komersial yang lain. Ekoran daripada tragedi bah itu juga, bekalan air bersih sudah lama terputus . Penduduk banyak bergantung kepada air sungai untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian.
“Apabila seseorang anak adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara:
..sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Sedang kita diulit mimpi diatas katil yang empuk, cuba kita berfikir sejenak apa yang kita boleh lakukan untuk memberi manfaat kepada penduduk di sini
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad)
jom Bantu Untuk Sediakan air bersih
Ayuh Berinfaq Ke
Projek Air Bersih – Teluk Renjuna (Fasa 1).
RM500,000
Dana Diperlukan Untuk Pembangunan
Sistem Air Bersih
Sistem air dan filtration yang bakal digunakan bagi menjayakan projek ini. Dengan infaq tuan puan, penduduk setempat akan dapat menikmati air bersih untuk kegunaan harian. semoga allah membalas setiap kebaikan daripada infaq tuan puan
kos sebanyak RM 500,000 bagi menjayakan misi bekalan air bersih kepada semua penduduk di Kampung Pulau Teluk Renjuna yang mempunyai penduduk seramai 300 buah rumah dan anggaran 1000-1500 isi rumah yang bakal memanfaatkannya. bayangkan manfaat kepada penduduk di sini hasil dari infaq tuan puan.
tinjauan kawasan projek air bersih bersama penduduk teluk renjuna
tinjauan kawasan projek air bersih bersama penduduk teluk renjuna
tinjauan kawasan projek air bersih bersama penduduk teluk renjuna
hasil dari infaq anda bukan sahaja memberi kesan kepada air bersih tetapi juga kepada kesihatan, pendidikan dan kemajuan penduduk di sini
Sabda nabi SAW yang bermaksud: “Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air yang memadamkan api” -Riwayat Tirmidzi.
mengenai kami:
