Yayasan Infaq Infra Malaysia berdaftar secara sah sebagai Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [ Akta 258] dengan nombor pendaftaran PPBA di mana definisi NPO adalah di takrifkan sebagai organisasi yang terlibat dalam pengumpulan dan pengagihan dana bagi tujuan seperti kebajikan, agama, budaya, pendidikan, sosial, persaudaraan, atau dalam menjalankan kerja-kerja baik yang lain – Financial Action Task Force (FATF).
Yayasan Infaq Infra Malaysia mengamalkan pengurusan kewangan yang kukuh dengan memastikan penyata kewangan diaudit dan aktiviti dijalankan selaras dengan objektif organisasi dengan amalan berikut ;
- Merekodkan setiap transaksi yang berlaku pada kadar yang segera dan munasabah;
- Merekodkan maklumat berkaitan pihak-pihak yang terlibat dengan aktiviti organisasi termasuk maklumat penerima manfaat dan NPO yang bersekutu bagi memudahkan rujukan don menggalakkan ketelusan; don
- Menyimpan rekod-rekod tersebut termasuk dokumen-dokumen sokongan dengan selamat atau difikirkan sesuai dan menurut kehendak undang-undang yang berkaitan.
Yayasan Infaq Infra Malaysia menetapkan prosedur pengurusan risiko sebagai salah satu faktor penting dalam tadbir urus yang berkesan. Antaranya ;
- Menggunapakai prinsip “know your beneficiaries and associated NPOs”, yang bermaksud NPO hendaklah mengambil langkah sewajarnya untuk mengenalpasti dan merekodkan identiti, kelayakan dan kedudukan pihak yang menerima manfaat bagi mengelakkan penyalahgunaan dana oleh penerima berkenaan atau NPO yang bersekutu;
- Mendokumentasi don melindungi maklumat penting penyumbang/ penderma /penerima monfaat don NPO yang bersekutu; dan
- Merekodkan setiap transaksi domestik dan antarabangsa secara terperinci untuk memastikan dana digunakan selaras dengan objektif NPO. Rekod-rekod ini mestilah tersedia untuk semakan oleh pihak berkuasa. (FATF 2012)
Yayasan Infaq Infra Malaysia sentiasa memastikan undang-undang yang mengawalselia NPO sentiasa dipatuhi di mana yayasan ini di kawal di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] termasuklah berkenaan soal penggunaan dana pengurusan yang telah di tetapkan di bawah Akta ini.
Yayasan Infaq Infra Malaysia sentiasa berusaha untuk mendapat pensijilan antarabangsa yang diperakui seperti Humanitarian Accountability Partnership sepanjang aktiviti yayasan di jalankan.