fbpx

Masjid Hijau @ Jasin

Tuan-tuan, bumi ini sudah tua. Sudah bertahun tahun lamanya umat manusia telah mengecapi nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. Siang berganti malam, hari berganti minggu, bulan berganti tahun, dekad beganti abad dan begitulah juga berinjaknya umur manusia. Sementalah kita memanfaatkan hasil mahsul alam untuk kelansungan kehidupan di bumi Tuhan ini, ada mudarat yang kita telah cipta dengan tangan-tangan kita sendiri. Sekalipun negara kita tidaklah menyumbang begitu tinggi kepada pelepasan gas rumah hijau yang memberi impak kepada penipisan ozon namun satu dunia berkongsi bumi yang sama, langit yang sama, dan matahari yang sama setiap saat dan detik.

Firman Allah SWT dalam Surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:

“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya kembali (insaf dan bertaubat).”

Cuba tuan-tuan bayangkan satu jam tuan-tuan menikmati eletrik di rumah, di jalanan, di tempat kerja malah di tempat kita beribadat iaitu masjid, bertan-tan arang batu sedang di bakar untuk menjana eletrik yang sedang tuan-tuan nikmati. Ya, kita mampu untuk membayar bil eletrik tersebut demi keselesaan diri serta keluarga. Namun bagaimana kesannya kepada alam ?  Anak cicit kita pada masa hadapan ? Belum lagi kita renungi dunia sekarang di mana hampir setiap rumah mempunyai lebih dari 2 buah motokar. Asap dari stesen jana kuasa eletrik arang batu dan asap-asap kenderaan telah menyebabkan kesan perubahan iklim secara mendadak. Sebab itu tuan puan, saban tahun kita berdepan dengan banjir yang tidak di sangka-sangka seperti berlaku di Shah Alam pada tahun 2021, di Kelantan pada tahun 2014, tanah runtuh, gegaran, ribut kencang dan bermacam lagi. Sesungguhnya bumi kita sudah tua di sebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri.

Demi masa depan anak cucu dan generasi yang akan datang, Yayasan kami ingin mengajak tuan puan untuk menginfaqkan sebahagian harta untuk kempen penggunaan tenaga boleh baharu yang mengurangkan kebergantungan kepada pembakaran arang batu untuk menjana eletrik di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara. Kita mulakan di negeri Melaka terlebih dahulu.

Caranya  bagaimana?  Kita raih pahala dari infaq kita setiap saat, setiap detik di waktu siang dari bumbung bumbung masjid selama mana panel-panel solar ini berfungsi dan jangka hayat teknologi  ini mampu bertahan sehingga 25 tahun.

Tuan puan, banyak masjid-masjid dan surau-surau yang memerlukan alternatif sumber tenaga baharu ini. Makin lama umur masjid tersebut, makin banyak kadar penggunaan eletriknya. Bukan pembinaan masjid baharu sahaja yang tuan puan boleh rebut pahala, namun masjid yang sudah di bina siap sempurna ini juga memerlukan pembaharuan untuk fasiliti mereka. Masjid yang lama-lama ini sudah bertahun berkhidmat untuk ahli kariah setempat dan ia merupakan rumah Allah yang sudah lama di imarahkan oleh muslimin muslimat yang berdekatan. Bukankah jika kita infaqkan sedikit harta kita  bagi program infaq solar di bumbung-bumbung masjid  ini bakal memudahkan urusan beribadat saudara-saudara muslim kita ? Ada masjid yang tak buka penghawa dingin dek kerana risaukan bil  eletrik yang melambung tuan puan.  Lihat betapa besarnya ganjaran yang Allah berikan kepada hamba yang berusaha ke arah ini.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, Nabi ﷺ pernah bersabda:

لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ

Aku telah melihat seorang lelaki bersenang-lenang di syurga, kerana dia memotong sebatang dahan yang mengganggu perjalanan orang ramai. [HR Muslim, no 1914]

Mungkin kebaikan yang kita anggap kecil ini akan menjadi nilaian yang besar di akhirat yang mana hanya dengan sedikit kebaikan ia sudah dapat menyelamatkan kita dari api neraka.

Allah ﷻ dalam surah Az-Zalzalah ayat 7-8: “Sesiapa yang melakukan kebaikan sebesar zarah, dia pasti akan melihatnya. Dan sesiapa yang melakukan kejahatan sebesar zarah, dia pasti akan melihatnya.”

Justeru, ayuh infaqkan harta tuan puan untuk program solar masjid ini. Ia bukan sahaja menolong umat islam, tapi seluruh alam bakal memanfaatkan hasil infaq tuan puan . Ibarat setitik air yang di sumbang, bila jutaan titisan yang terbentuk , lama kelamaan akan menjadi sungai sungai pahala yang sentiasa mengalir deras sekalipun tuan puan sudah meninggalkan dunia ini.

Kempen sumber tenaga boleh di perbaharui di masjid dan surau demi kelestarian kehidupan generasi masa hadapan di namakan Kempen Masjid Hijau oleh Yayasan Infaq Infra Malaysia . Kami menyokong 100% usaha kearah Sustainable Development Goals dan pemantapan nilai Environment, Social and Governace/ ESG.

 

30 Mac 2023 – Pembentangan kertas kerja dan pemetraian kerjasama dengan Majlis Agama Islam Melaka

15 April 2023 – Kelulusan kerjasama Yayasan Infaq Infra Malaysia dan Majlis Agama Islam Melaka

13 Mei 2023 – Pemeteraian kerjasama bersama Masjid Jamek Ar-Rahman Kg Pulai, Melaka

Yayasan Infaq Infra

Kongsikan Artikel Ini

Infaq
Yayasan Infaq Infra

Apa itu Masjid Hijau?

Pertama sekali, apa itu masjid hijau? Masjid hijau merujuk kepada pembangunan masjid yang berkonsepkan kelestarian alam sekitar. Ia mempunyai reka bentuk dan teknologi yang menjimatkan

Baca Selanjutnya >