fbpx

Dasar Privasi

Polisi Perlindungan Data Peribadi

Kami, Yayasan Infaq Infra adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) Malaysia. Polisi ini menerangkan:

  • jenis-jenis data peribadi anda yang kami kumpulkan dan bagaimana kami mengumpul data peribadi anda
  • bagaimana kami menggunakan data peribadi anda
  • pihak-pihak yang kami dedahkan data peribadi anda; dan
  • pilihan-pilihan yang kami tawarkan, termasuk cara mengakses dan mengemaskini data peribadi anda.

Data Peribadi Yang Mungkin Kami Kumpul Daripada Anda

Kami mungkin mengumpulkan data peribadi berikut daripada anda:

  • maklumat peribadi untuk menentukan identiti dan latar belakang anda seperti nama penuh,
    nombor kad pengenalan atau pasport, kewarganegaraan dan agama
  • maklumat komunikasi seperti alamat surat menyurat, nombor telefon, nombor telefon bimbit, nombor faks dan alamat emel
  • maklumat pembayaran seperti maklumat kad debit atau kredit, temasuk nama pemegang kad, nombor kad, alamat surat menyurat, tarikh luput kad dan lain-lain butiran.
  • maklumat sensitif seperti keturunan bangsa atau etnik, pandangan politik, agama atau kepercayaan lain.
    Kebiasaannya kami tidak mengumpul maklumat sensitif melainkan dalam keadaan yang yang sangat perlu dan tidak dapat dielakkan untuk memberi khidmat yang lebih baik dan
    memenuhi keperluan tertentu anda
  • rakaman gambar anda ketika menghadiri mana-mana acara korporat kami ataupun hari
    terbuka pihak ketiga
  • rakaman panggilan telefon kepada pusat perkhidmatan pelanggan kami
  • resume atau kurikulum vitae anda apabila memohon pekerjaan atau kesukarelawanan..

Untuk tujuan melayari laman web secara am, walaupun tiada data peribadi yang terdedah kepada kami, beberapa maklumat teknikal dan statistik boleh kami dapati menerusi pembekal perkhidmatan internet kami seperti cookies, alamat IP anda, masa, tarikh dan tempoh anda melayari laman web. Jika anda memberi apa-apa data peribadi berkaitan pihak ketiga (contoh: maklumat pasangan, anak-anak, ibu bapa dan/atau pekerja anda) dengan menyerahkan data peribadi tersebut kepada kami, membawa maksud kepada kami bahawa anda, telah mendapatkan persetujuan pihak ketiga tersebut untuk memberikan maklumat berkenaan bagi tujuan yang disenaraikan di bawah.

Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda

Kami mungkin mengumpulkan data peribadi sama ada daripada anda, daripada wakil yang anda beri kuasa, daripada pihak ketiga atau daripada sumber boleh didapati secara umum yang mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

  • apabila anda mendaftar untuk perkhidmatan kami (contohnya ketika anda menyerahkan borang permohonan untuk menjadi pengguna kami)
  • apabila anda berhubung dengan kami secara langsung melalui panggilan telefon atau di kaunter (contohnya ketika anda menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan, aduan, komen atau maklum balas, kami mungkin menyimpan rekod komunikasi tersebut)
  • apabila anda menyertai mana-mana kaji selidik, soal selidik, pertandingan, tawaran, atau promosi dalaman atau melalui pihak ketiga yang dilantik
  • apabila anda menghadiri mana-mana acara korporat kami atau hari terbuka pihak ketiga
  • apabila anda melawat atau melayari laman web kami
  • apabila anda memohon pekerjaan dengan kami
  • apabila anda berinteraksi dengan kami melalui media sosial atau aplikasi interaktif termasuk tetapi tidak terhad kepada Facebook, Twitter, dan Instagram
  • daripada sumber-sumber lain di mana anda telah memberi kebenaran kepada pendedahan data peribadi anda , dan/atau dibenarkan oleh undang-undang.

Penggunaan Data Peribadi yang Dikumpulkan

Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan data peribadi anda bagi tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang dan tujuan berikut:

  • untuk mengesahkan identiti anda
  • untuk mengurus dan mengendalikan akaun atau kontrak anda dengan kami
  • untuk memaklumkan anda mengenai manfaat dan perubahan kepada perkhidmatan kami
  • untuk menyediakan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kami termasuk memenuhi keperluan audit, dan kemudahan pembayaran
  • untuk menguruskan permintaan anda atau menjawab sebarang pertanyaan, aduan, komen atau maklum balas yang anda majukan kepada kami.
  • untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis dan pelaporan kepada pihak berkuasa kawal selia berkaitan
  • untuk mengemas kini, menyatukan dan memperbaiki ketepatan rekod-rekod kami
  • untuk mengendalikan pertandingan, tawaran atau promosi
  • untuk menghasilkan data, laporan dan statistik tanpa berasaskan sebarang nama atau secara berkelompok atau berkumpulan yang tidak boleh mengenalpasti anda sebagai seorang individu
  • untuk melaksanakan penyelidikan bagi tujuan analisis termasuk tetapi tidak terhad kepada pencarian (mining) data dan analisis transaksi anda dengan kami.
  • untuk melaksanakan kaji selidik, soal selidik, dan memberikan anda maklumat yang mungkin menarik minat anda, di mana anda telah bersetuju untuk dihubungi bagi tujuan tersebut
  • untuk mematuhi apa-apa obligasi undang-undang atau peraturan di bawah undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan atau kod industri yang terpakai kepada kami
  • untuk pengurusan dalaman berkaitan perkhidmatan yang disediakan kepada anda
  • untuk tujuan menyenggara rekod yang diperlukan bagi tujuan keselamatan, tuntutan atau undang-undang yang lain
  • untuk menyediakan latihan kepada kakitangan kami
  • untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan teknologi maklumat (contohnya, kajian pasaran)
  • untuk pihak ketiga yang telah diberi kontrak oleh kami bagi menyediakan perkhidmatan kepada kami (seperti membuat analisis bagi pihak kami) bagi apa-apa tujuan yang telah dinyatakan di atas. Sekiranya kami mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga kami akan memastikan data tersebut hanya digunakan bagi tujuan menyediakan perkhidmatan oleh kami.
  • untuk apa-apa tujuan yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, peraturan, garis panduan dan /atau pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.

Dengan Siapa Kami Berkongsi Data Peribadi Anda

Semasa anda mendapatkan perkhidmatan dengan kami dan pengurusan atau operasi, kami mungkin dikehendaki atau perlu untuk mendedahkan maklumat berkenaan anda kepada pihak ketiga berikut:

  • agensi penguatkuasa undang-undang
  • pihak berkuasa kawal selia
  • syarikat atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan atau penasihat professional kami
  • pihak-pihak lain di mana anda telah memberi kebenaran secara nyata atau tersirat

Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi

Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Jika anda berhasrat untuk mengakses data peribadi anda yang berada di dalam simpanan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi tersebut tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda boleh membuat permohonan kepada kami menggunakan Borang Permohonan Akses Data atau Borang Permohonan Pembetulan.

Bagaimana Kami Melindungi dan Menjaga Data Peribadi Anda

Kami berusaha untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda dan memastikannya disimpan dengan selamat. Ini termasuklah dengan mengikuti prosidur keselamatan kami (seperti memeriksa identiti anda semasa anda menelefon kami). Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web yang lain dan kami tidak bertanggungjawab ke atas polisi, prosidur atau isi kandungannya berkenaan data peribadi laman web luar tersebut.

Kebenaran Anda

Dengan memberikan data peribadi anda, anda telah membenarkan data peribadi tersebut digunakan mengikut Polisi ini. Jika kami mengubah polisi kami, kami akan meletakkan pindaan tersebut di ruangan ini. Anda juga boleh menghantar emel atau menulis kepada kami untuk mendapatkan sesalinan polisi tersebut. Penggunaan berterusan perkhidmatan kami akan menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan sebarang pindaan tersebut.

Artikel Terkini

Infaq
Yayasan Infaq Infra

Apa itu Masjid Hijau?

Pertama sekali, apa itu masjid hijau? Masjid hijau merujuk kepada pembangunan masjid yang berkonsepkan kelestarian alam sekitar. Ia mempunyai reka bentuk dan teknologi yang menjimatkan

Baca Selanjutnya >